suria

Dreamliner 787 Pertama Di Bina Di South Caroline Diserah Kepada Air India

NEW DELHI: Boeing mencatatkan sejarah baru dengan penghantaran Dreamliner 787 pertama yang dibina di kemudahannya di North Charleston, S.C., kepada Air India pada Jumaat.

Penghantaran itu meneruskan momentum kemasukan 787 Dreamliner dan seterusnya menandakan bermulanya era baru pengeluaran kapal terbang komersil di South Carolina.

"Dalam tempoh hanya tiga tahun, kami telah menerbang dan menghantar kapal terbang pertama kami yang dibina di Boeing South Carolina," kata naib presiden dan pengurus besar Boeing South Carolina, Jack Jones dalam satu kenyataan.

"Ini adalah hasil usaha pasukan Boeing South Carolina dan sokongan yang kami terima daripada pelanggan kapal terbang kami, rakan pembekal dan perusahaan Boeing, serta hubungan yang kami ada dengan negeri South Carolina."

Kerja ke atas Pusat Pemasangan dan Penghantaran Akhir Boeing South Carolina bermula pada November 2009.

Pengeluaran 787 pertama binaan South Carolina bermula pada pertengahan 2011 dan kapal terbang yang telah siap itu dikeluarkan dari kilang pada bulan April. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain