suria

Chavez Menang Pilihan Raya Venezuela

CARACAS: Presiden Venezuela Hugo Chavez mempertahankan kedudukannya pada Ahad, dengan mendapat 54,42 peratus undi mengetepikan saingan pembangkang Henrique Capriles.

Bunga api meletus seluruh Caracas sejurus selepas Presiden Majlis Pilihan Raya Kebangsaan, Tibisay Lucena mengumumkan bahawa Chavez memenangi majoriti undi pada pilihan raya tersebut, dengan Capriles meraih 44,97 peratus undi.

"Terima kasih kepada semua!! Viva Venezuela!!" Chavez, yang menggekalkan kuasa untuk tempoh enam tahun lagi selepas hampir 14 tahun berkuasa.

Beliau turut menulis di Twitter miliknya selepas diumumkan sebagai pemenang seperti berikut: "Terima kasih Tuhan! Terima kasih kepada anda semua!"

Beratus-ratus penyokong Chavez sudah berhimpun di hadapan istana Miraflores sebelum keputusan diumumkan sambil bermain muzik salsa, memegang papan tanda dan membakar bunga api. AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain