suria

15 Terkorban Dalam Pengeboman Berani Mati Di Pakistan

PESHAWAR: Pengebom berani mati pada Ahad menyerang pengkebumian yang dihadiri oleh ahli politik anti-Taliban di barat laut Pakistan, membunuh sekurang-kurangnya 15 orang yang berkabung, kata pegawai rasmi.

Ahli politik, Khush Dil Khan, bagaimanapun tidak cedera dalam letupan di pinggir bandar Peshawar, bandar utama di barat laut.

Militan Islam berjuang dan bertindak ganas terhadap pasukan keselamatan Pakistan di dalam dan sekitar Peshawar, yang terletak berhampiran kawasan-kawasan sempadan Afghanistan di mana pihak ekstrimis memegang kuasa.

Beribu-ribu orang awam dan pegawai keselamatan telah dibunuh sejak beberapa tahun kebelakangan ini akibat serangan militan, yang telah berkurangan sejak kebelakangan ini kerana operasi tentera Pakistan di wilayah suku kaum itu dan penghapusan beberapa pemimpin utama Taliban dan pemimpin al-Qaeda dengan serangan Amerika Syarikat.

Pegawai polis Abid Rehman berkata penyerang berjaya masuk ke kawasan di mana solat jenazah diadakan di kampung Badhber.

Timbalan Pesuruhjaya Peshawar Siraj Ahmad berkata letupan membunuh 15 orang dan mencederakan 37 yang lain.

Dua pegawai berkata beberapa orang-orang Islam yang cedera berada dalam keadaan kritikal.

"Kami amat sedih," kata Zahir Khan, 32, sambil menangis dan berbaring di katil hospital.

Abangnya meninggal dunia dalam serangan itu.

Beliau berkata mereka sesang berbual apabila bom meletup.

"Saya tidak pernah tahu saya akan kehilangan adik saya buat selama-lamanya."

Artikel Berikut

Artikel Lain