suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Amerika, Afghanistan Capai Perjanjian Penyerahan Pusat Tahanan

KABUL: Pegawai rasmi Barat dan Afghanistan berkata satu perjanjian telah dicapai mengenai isu perbalahan memindahkan kemudahan pusat tahanan Amerika Syarikat di negara ini kepada kerajaan Afghanistan.

Kementerian Luar Afghanistan berkata Menteri Pertahanan Jeneral Abdul Rahim Wardak dan tentera Komander NATO Jeneral John Allen akan menandatangani memorandum persefahaman pada hari Jumaat.

Kenyataan kementerian tersebut bagaimanapun tidak menjelaskan tentang memorandum itu atau menyediakan butir-butir lain.

Seorang pegawai Barat berkata dokumen ini berkaitan penangguhan penyerahan pusat tahanan dari AS untuk kawalan Afghanistan.

Kenyataan rasmi mengatakan bahasa perjanjian itu masih sedang dibincangkan tetapi isu-isu utama telah diputuskan.

Pegawai itu enggan memberikan butir-butir lain dan enggan mendedahkan nama kerana dokumen itu masih belum dimuktamadkan.

Artikel Lain