suria

32 Maut Dalam Keganasan Terbaru Di Syria

BEIRUT: Sekurang-kurangnya 32 orang awam dilaporkan terbunuh dalam keganasan yang berlaku di seluruh Syria ketika beribu-ribu penunjuk perasaan mengadakan demonstrasi selepas solat Jumaat.

Ketua kumpulan pemerhati hak asasi manusia Syria, Rami Abdel Rahman berkata, 13 orang terbunuh dalam serangan tentera di wilayah Idlib manakala 11 lagi maut di wilayah Homs.

Katanya, sembilan penduduk turut dilaporkan ditembak mati apabila askar kerajaan menyerang kampung Ain Larose di wilayah Jabal al-Zawiyah.

Artikel Lain