suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Selamat Jalani Pembedahan, Chavez Mahu Pulang Ke Kediamannya

CARACAS: Presiden Venezuela, Hugo Chavez berkata pada Ahad bahawa beliau merancang untuk kembali ke kediamannya minggu ini selepas selamat menjalani pembedahan kanser.

Chavez berkata demikian menerusi televisyen dari Havana dengan ditemani beberapa menteri.

"Saya akan pulang dalam beberapa hari lagi," katanya.

Beliau turut akan menjalani rawatan kimoterapi dalam tempoh beberapa minggu lagi.

Selepas menjalani pembedahan dua minggu lalu, Chavez berkata, dia kini semakin sihat dan tidak mempunyai sebarang komplikasi.

Terdahulu, Chavez berkata, beliau menjalani pembedahan pada 26 Februari lalu untuk mengeluarkan ketumbuhan sepanjang 2cm di bahagian pelvisnya.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan lokasi sebenar dan jenis kanser yang dihidapinya.

Artikel Lain