suria

China Gesa Myanmar Sambung Semula Projek Empangan RM10.87 Bilion

BEIJING: China menggesa Kerajaan Myanmar meneruskan semula projek empangan bernilai berbilion dolar yang mendapat sokongan negara itu di mana telah tertangguh tanpa notis pemberitahuan pada tahun lepas.

Akhbar rasmi China pada Ahad memetik pegawai rasmi sebagai berkata, empangan itu akan menghasilkan tenaga elektrik yang amat diperlukan Myanmar dan meningkatkan taraf hidup di negara itu.

China mengesan projek yang bernilai AS$3.6 bilion (RM10.87 bilion), dibina oleh sebuah syarikat China tertangguh pada September.

Projek berkenaan mendapat bantahan daripada beberpaa kumpulan etnik dan alam sekitar.

Bekas Ketua Pentabiran Tenaga Kebangsaan, Zhang Guobao memberitahu akhbar bahawa empangan itu akan menaiktaraf kehidupan penduduk tempatan dan meningkatkan ekonomi. - AP

Artikel Berikut

Artikel Lain