suria

Bekas Presiden Filipina Mengaku Tidak Bersalah

Arroyo (belakang, tengah) dikawal ketat oleh pengawal keselamatan ketika tiba di tiba di Mahkamah Passay City di selatan Manila pada Khamis.

MANILA: Bekas Presiden Filipina, Gloria Macapagal Arroyo mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menipu dalam pilihan raya pada pembukaan kes pendakwaan di sini, Khamis.

Arroyo, yang menjadi presiden negara itu dari tahun 2001 sehngga 2010 dituduh memanipulasi keputusan pilihan raya pada tahun 2007 dengan berpihak pada calon-calon pilihan.

Sabotaj yang berlaku dalam pilihan raya itu merupakan dakwaan pertama terhadap beliau selain kes-kes jenayah lain.

"Tidak bersalah,” kata Arroyo kepada mahkamah dengan suara yang lembut namun tegas selepas pasukan pertahanan mengetepikan bacaan terhadap butiran pendakwaan.

Jika disabit kesalahan, beliau akan dikenakan hukuman penjara seumur hidup. - AP

Artikel Berikut

Artikel Lain