Tentera AS Bakar Al-Quran: Afghanistan Adakan Demonstrasi Aman

Penunjuk perasaan Afghanistan mengadakan demonstrasi secara aman bagi membantah tindakan tentera AS membakar kitab suci Al-Quran.

KABUL: Pegawai Afghanistan berkata terdapat demonstrasi secara aman di tiga wilayar timur sebagai melepaskan kemarahan terhadap tindakan tentera Amerika Syarikat (AS) membakar kitab suci Al-Quran.

Pegawai daerah dan polis pada Khamis berkata, lebih 2,000 orang menghadiri demonstrasi terbesar di bandar wilayah timur Laghman.

Kira-kira 500 orang melakukan demonstrasi di daerah Khoshi di wilayah Logar dan perhimpunan tersebut berakhir tanpa sebarang kejadian tidak diingini.

Beratus-ratus juga membuat bantahan terhadap insiden itu di bandar timur Jalalabad.

Satu pertempuran antara tentera Afghanistan dan penunjuk perasaan pada Rabu mengorbankan sekurang-kurangnya tujuh orang dan berpuluh-puluh lagi cedera. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain