suria

Nelson Mandela Dimasukkan Ke Hospital Alami Masalah Perut

JOHANNESBURG: Bekas Presiden Afrika Selatan Nelson Mandela telah dimasukkan ke hospital pada Sabtu kerana sakit perut, menurut kenyataan kerajaan yang dikeluarkan mengenai bekas pemimpin kesayangan berusia 93 tahun itu.

Mandela "telah lama mengadu sakit perut dan doktor merasakan beliau memerlukan perhatian pakar perubatan yang betul," kata Presiden Jacob Zuma, meminta privasi Mandela dihormati.

Kenyataan itu tidak menyatakan di mana hospital Mandela dirawat.

Pada 2011, beliau dimasukkan ke hospital selama beberapa hari akibat jangkitan pernafasan akut.

Jurucakap Zuma, Mac Maharaj berkata dia tidak boleh memberi kenyataan terperinci dengan serta- merta tetapi akan sentiasa memberi perkembangan terkini.

Tentera Afrika Selatan, yang mengambil tugas terhadap penjagaan kesihatan Mandela selepas beliau dimasukkan ke hospital tahun lepas, dan jurucakap pejabat Mandela berkata tidak akan ada kenyataan dibuat, Sabtu.

Mandela menjadi presiden kulit hitam pertama Afrika Selatan pada tahun 1994 selepas menghabiskan 27 tahun di dalam penjara kerana menentang pemerintahan perkauman apartheid, dan beliau telah dianugerahkan Hadiah Nobel Keamanan atas usahanya.

Perunding perkhidmatan kecemasan, Derek Kemper, yang berusia 47 tahun, berkata mereka berharap Mandela akan pulih tidak lama lagi.

Artikel Sebelum

Artikel Lain