suria

Air New Zealand Kurangkan Tenaga Kerja Kerana Untung Merosot

MELBOURNE: Air New Zealand berkata berkata ia akan mengurangkan tenaga kerjanya dan kos selepas mengumumkan penyusutan keuntungan bersih bagi enam bulan pertama sebanyak 61 peratus kepada NZ$29.6 juta.

Menurut laporan ABC News, Ketua Eksekutifnya, Rob Fyfe, berkata 441 pekerjaan akan dimansuhkan menjelang akhir Jun, tetapi mungkin lebih ramai pekerja akan diberhentikan.

Kata Fyfe kos bahan api yang semakin meningkat dan permintaan yang merosot dari pasaran Jepun dan Eropah menyumbang kepada pendapatan yang mengecewakan ini, dan mengimbangi permintaan yang kukuh daripada pasaran tempatan ekoran kejohanan Piala Dunia Ragbi.

"Harga bahan api kapal terbang telah meningkat sekali ganda dalam tiga tahun kebelakangan ini, tetapi ekonomi global yang lemah menghalang keupayaan kami memindahkan kos bahan api itu kepada penumpang," katanya.

Bagaimanapun, beliau menjangka Air New Zealand mendapat manfaat daripada pengurangan laluan antarabangsa oleh syarikat-syarikat penerbangan, termasuk Qantas. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain