suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gates Beritahu PBB Supaya Bantu Petani Miskin

ROME: Bill Gates memberitahu kepada agensi makanan PBB bahawa sistem pertanian dunia yang ketinggalan zaman dan tidak cekap, terutamanya bagi petani kecil di negara-negara miskin harus disasarkan sebagai golongan mendapatkan bantuan.

Gates mengadakan kempen untuk memerangi kemiskinan dan kebuluran di Afrika dan Asia pada Forum Dana Antarabangsa PBB bagi Pembangunan Pertanian, Khamis.

Sebahagian besar daripada kira-kira $2 bilion yang dibelanjakan dalam tempoh lima tahun lalu oleh Yayasan Bill & Melinda Gates telah disumbangkan ke arah meningkatkan produktiviti pertanian di benua mereka.

Gates yang juga pengerusi bersama yayasan juga mengumumkan geran sebanyak $200 juta.

Gates mengambil kesempatan menyokong kaedah pantas dan teknologi tinggi, seperti sains genomik, untuk meningkatkan pembiakan tanaman.

Beliau berkata "penggunaan teknik itu boleh mewujudkan perbezaan antara penderitaan dan sara diri" untuk petani kecil di negara-negara membangun.

Artikel Berikut

Artikel Lain