suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Air Zimbabwe Gantung Semua Penerbangan

HARARE: Air Zimbabwe telah menggantungkan semua operasi penerbangannya selepas usaha untuk memulihkan syarikat penerbangan itu gagal, kata ketua eksekutifnya pada Jumaat.

“Saya mengesahkan semua penerbangan dihentikan. Kita menghentikan operasi bagi tempoh masa yang belum dipastikan lagi,” kata Ketua Eksekutif Air Zimbabwe, Innocent Mavhunga kepada AFP.

Syarikat penerbangan itu berharap dapat memulihkan semula penerbangan pada minggu ini, meskipun selepas juruterbang mereka mogok tidak bekerja kerana tidak dibayar gaji.

Air Zimbabwe berharap dapat meyakinkan para juruterbangnya agar kembali semula berkhidmat pada minggu agar sekurang-kurangnya perkhidmatan yang minimum dapat dipulihkan.

“Para juruterbang tidak datang beroperasi. Kami sedang menunggu kerajaan yang merupakan pemegang saham utama syarikat untuk campur tangan.

“Isu kami adalah keutamaan di kabinet. Kami hanya menunggu campur tangan mereka (kerajaan),” kata Mavhunga.

Syarikat penerbangan itu dikatakan bersamalah sejak beberapa tahun kebelakangan ini termasuk tindakan mogok yang sering dilakukan oleh juruterbang dan hutang bagi menyelenggara pesawat. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain