suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ahli Parlimen Britain Didakwa Atas Tiga Pertuduhan Lakukan Serangan

LONDON: Seorang ahli parlimen Britain daripada parti pembangkang Buruh didakwa dengan tiga pertuduhan melakukan serangan ekoran pertengkaran pada lewat malam di House of Commons, kata polis.

Eric Joyce telah digantung daripada parti Buruh ekoran kejadian pada malam Rabu di mana Stuart Andrew yang merupakan ahli parlimen daripada parti Konservatif pimpinan Perdana Menteri, David Cameron didakwa telah ditumbuk.

Joyce ditahan kira-kira pukul 10.50 malam waktu tempatan pada Rabu.

Scotland Yard berkata, ahli parlimen itu berada dalam pengawasan selama kira-kira 24 jam sebelum didakwa pada lewat Khamis.

Beliau dibebaskan dengan ikat jamin dan diperintahkan untuk hadir ke mahkamah London pada 7 Mac.

Menurut satu kenyataan polis: “Eric Joyce, 51, ahli parlimen dari Union Street, Bo’ness, West Lothian, telah didakwa dengan tiga pertuduhan kerana melakukan serangan di House of Commpns pada Rabu.”

Bekas tentera itu telah menjadi ahli parlimen untuk Falkirk di Scotland sejak tahun 2000.

“Ini merupakan satu kejadian yang amat serius. Kita telah menggantung Eric Joyce daripada parti sementara menunggu keputusan siasatan polis,” kata seorang jurucakap parti Buruh. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain