suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

AS Cari 'Rumah' Baru Untuk Presiden Yaman

WASHINGTON: Pegawai di Amerika Syarikat (AS) berkata AS sedang melakukan usaha berterusan untuk mencari tempat tinggal baru untuk pemimpin Yaman, Ali Abdullah Saleh.

Beliau mahu datang ke negara ini, tetapi pegawai-pegawai berharap dia akan pergi ke tempat lain.

Ketua Utusan Khusus Obama, John Brennan, mengetuai usaha-usaha untuk membawa Saleh meninggalkan Yaman bagi menjamin peralihan demokratik negara itu.

Pegawai-pegawai berkata para diplomat mendapat momentum pada minggu ini apabila Saleh berbincang dengan duta AS ke Yaman untuk meninggalkan negaranya.

Tetapi beliau mempunyai beberapa opsyen. Menurut para pegawai, Emiriah Arab Bersatu dan Arab Saudi tidak menerima beliau dan AS sedang mencuba negara-negara lain.

Beliau yang berusia 69 tahun itu telah mengemukakan semula permohonan visa untuk memasuki AS, walau bagaimanapun Washington tidak mahukan beliau tetapi masih belum membuat sebarang keputusan.

Para pegawai mengeluarkan kenyataan dengan syarat tidak mahu nama disiarkan kerana sensitiviti diplomasi yang berterusan.

Artikel Berikut

Artikel Lain