suria

Bekas Ratu Cantik Michigan Hadapi Tuduhan Memandu Dalam Keadaan Mabuk

HIGHLAND PARK: Ratu cantik Michigan yang pernah menjadi tumpuan dua tahun lalu apabila menjadi peserta kelahiran Arab-Amerika pertama dinobatkan sebagai Ratu Cantik Amerika Syarikat (AS) akan dibicarakan pada Mac ini kerana didakwa memandu dalam keadaan mabuk.

Hakim Brigette Officer menetapkan 14 Mac depan sebagai tarikh perbicaraan terhadap Rima Fakih.

Dia dihadapkan ke mahkamah sejak 3 Disember lalu selepas ditahan polis di Highland Park, Detroit.

Rima, 26, dipetik sebagai berkata, dia tidak memandu dalam keadaan mabuk pada malam itu tetapi dua anggota polis yang menjalankan ujian alkohol mendapati jumlah arak adalah dua kali ganda melepasi had yang ditetapkan.

Artikel Lain