suria

29 Maut Tanah Runtuh Di Afghanistan

KABUL: Tanah runtuh di kawasan pergunungan timur laut Afghanistan meragut sekurang-kurangnya 29 nyawa, menurut Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan Afghanistan.

Agensi itu berkata, pasukan penyelamat ketika ini berdepan dengan halangan untuk sampai ke kawasan bencana selepas ia terputus hubungan akibat salji teruk.

Katanya, sekurang-kurangnya 40 cedera dalam kejadian berterusan tanah runtuh di wilayah Bdakhshan, sejak Isnin lalu.

Lebih memburukkan keadaan, menurutnya lagi, jalan raya di ibu kota wilayah Faizabad dilitupi salji pada ketinggian sekurang-kurangnya dua meter.

Artikel Lain