suria

Sekurang-Kurangnya 24 Orang Mati Dalam Serangan Di Nigeria – Saksi

Beberapa orang melihat mayat seorang pegawai imigresen yang tidak dikenal pasti identitinya selepas berlaku satu letupan berhampiran pejabat imigresen di bandar Kano, utara Nigeria. Foto REUTERS.

KANO: Ledakan bom dan senjata api yang menyerang di bandar kedua terbesar di Nigeria mengorbankan sekurang-kurangnya seramai 2 orang, kata seorang saksi pada Sabtu yang menambah banyak mayat bergelimpangan di jalan-jalan di salah satu kejiranan.

Kano yang merupakan bandar terbesar di utara yang dipenuhi orang Islam mencetuskan hura-hara pada malam Jumaat apabila kira-kira 20 letupan berlaku dengan tembakan bertalu-talu di mana lapan polis dan pegawai imigresen dijadikan sasaran.

Tidak dipastikan siapa dalang di sebalik keganasan tersebut meskipun serangan seperti itu sebelumnya menyalahkan kumpulan puak Islam, Boko Haram.

“Saya sekarang sedang berjalan di sepanjang jalan di kejiranan saya,” kata Naziru Muhammad yang tinggal di Kano berhampiran dengan ibu pejabat polis yang menjadi salah satu sasaran dalam serangan itu.

“Saya mengira sebanyak 16 mayat yang bergelimpangan di jalan antara rumah saya dan ibu pejabat polis di mana enam daripada mereka adalah pegawai polis.”

Lapan mereka yang lain mati dalam insiden berasingan.

Sumber daripada seorang pegawai polis yang tidak mahu dikenali berkata, dia pada masa ini tidak dapat memberi jumlah kematian sebenar namun bilangannya mencecah puluhan orang. – AFP

Artikel Berikut

Artikel Lain