suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rakyat Taiwan Mula Keluar Mengundi

TAIPEI: Rakyat Taiwan pada Sabtu mula keluar mengundi untuk menentukan calon presiden baru di negara itu.

Pilihan raya itu turut dipantau China dan Amerika Syarikat (AS) bagi menjamin kestabilan politik ekoran peralihan kuasa di negara itu.

Tinjauan pendapat menjangkakan persaingan untuk jawatan presiden amat sengit.

Namun, sedikit kelebihan dilihat menyebelahi calon Nationalis, Ma Ying-jeou, 61, yang memelihara hubungan baik dengan China yang akan menentang calon pembangkang Parti Demokratik Progresif (DPP), Tsai Ing-wen.

Orang ramai mula membuang undi di Taipei seawal pukul 8.00 pagi waktu tempatan.

"Saya berasa tenang dan sudah menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat. Saya ingin melihat situasi menang-menang dengan China dalam tempoh empat tahun akan datang bagi menjamin keamanan negara," katanya.

Kedua-dua calon turun lebih awal untuk membuang undi.

"Saya boleh melihat sinar harapan pada hari ini. Saya amat gembira dan menggesa orang ramai supaya turun mengundi lebih awal. Cuaca baik membolehkan rakyat untuk berbuat demikian," kata Ma.

Artikel Lain