suria

1,500 Rakyat Romania Berhimpun Sokong Pegawai Kesihatan

BUCHAREST, Romania: Lebih 1,500 rakyat Romania telah berhimpun sebagai tanda menyokong seorang pegawai yang meletak jawatan minggu ini selepas berselisih pendapat dengan presiden terhadap rancangannya untuk memperkenalkan perkhidmatan kecemasan kesihatan swasta.

Ratusan mereka berkumpul di bandar barat laut Targu Mures pada Khamis, sambil melaungkan "Solidarity with SMURD!" - Merujuk kepada perkhidmatan perubatan kecemasan yang dicetuskan Raed Arafat pada tahun 1990.

Jumlahnya yang berhimpun meningkat kepada 1,500 orang pada waktu petang, dengan penunjuk perasaan menyertai penyokong parti-parti pembangkang.

Pada Rabu, berpuluh-puluh telah mengadakan perhimpunan yang sama di bandar berhampiran.

Arafat meletak jawatan pada Selasa dari kementerian kesihatan selepas menerima kritikan yang berulang-ulang daripada Presiden Traian Basescu kerana menentang reformasi kesihatan kerajaan.

Halaman Facebook - "Save SMURD" pada hari Jumaat menggesa rakyat Romania untuk perhimpunan hari Sabtu di Bucharest dan sembilan bandar lain.

Artikel Sebelum

Artikel Lain