suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Calon Muka Lama Diramal Bertanding Pilihan Raya Presiden Indonesia

JAKARTA: Pilihan raya Presiden Indonesia 2014 dijangka terus menampilkan calon muka lama kerana proses meremajakan kepimpinan parti politik nasional masih belum menyeluruh.

Penganalisis politik tempatan Teguh Yuwono dari Universiti Diponegoro, Semarang, Jawa Tengah, berkata Indonesia kini menghadapi krisis kepimpinan.

Katanya beliau yang mengharapkan tokoh muda akan muncul mengambil alih kepimpinan parti politik selepas pemilihan semula Presiden Susilo Bambang Yudhoyono untuk kali kedua pada 2009, tidak melihat perubahan itu berlaku.

"Pada 2014 masih akan didominasi tokoh tua seperti Aburizal Bakrie (Parti Golkar), Jusuf Kalla (Parti Golkar), Prabowo Subianto (Parti Gerindra), Wiranto (Parti Hanura), dan Megawati (PDI-P)," katanya di Semarang, sebagaimana dipetik portal berita Republika, pada Khamis.

Teguh berpendapat tokoh muda seperti Anas Urbaningrum, yang sekarang Ketua Umum Parti Demokrat yang diasaskan Yudhoyono, dan Puan Maharani anak perempuan Megawati dari Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P), belum mampu diketengahkan sebagai calon presiden atau calon naib presiden.

Anas Urbaningrum, yang mempunyai latar belakang sebagai bekas pemimpin pelajar mempunyai potensi tetapi namanya dikaitkan dengan kes rasuah projek pembinaan Wisma Atlet, untuk Sukan SEA di Palembang pada tahun lalu.

Puan Maharani pula yang diharapkan dapat diketengahkan sebagai calon naib presiden mewakili ibunya Megawati dari PDI-P, masih kurang pengalaman.

Teguh bagaimanapun berpendapat tokoh muda tetap boleh diketengahkan sebagai calon pada pilihan raya peringkat Parlimen.

Namun beliau masih berharap Indonesia dapat mengetengahkan tokoh tua dan tokoh muda pada pilihan raya presiden 2014 nanti.

Artikel Berikut

Artikel Lain