suria

Dua Pemerhati Kuwait Cedera Di Syria

BANDAR KUWAIT: Dua pegawai tentera Kuwait yang menjadi sebahagian daripada pemerhati misi Liga Arab di Syria mengalamai sedikit kecederaan dalam serangan oleh penunjuk perasaan yang tidak dikenali," kata kementerian pertahanan negeri Teluk, Selasa.

Insiden itu adalah kes pertama yang dilaporkan yang melibatkan pemerhati Liga Arab di Syria yang mengalami kecederaan.

Dua tentera telah dirawat di sebuah hospital berikutan kejadian Isnin dan kemudian dibenarkan pulang setelah kesihatan pulih, kata kementerian itu dalam satu kenyataan yang dipetik oleh agensi berita rasmi Kuwait KUNA.

Mereka telah menyambung semula kerja di ibu pejabat misi di Syria, tambah kenyataan itu.

Pemerhati dari Algeria, Iraq, Kuwait, Maghribi dan United Arab Emirates telah diserang ketika menuju ke bandar Latakia, kata kenyataan itu, tanpa memberi maklumat lanjut.

Enam pegawai tentera Kuwait yang mengambil bahagian dalam misi pemerhati Liga, yang telah berada di Syria sejak 26 Disember cuba menilai sama ada rejim Presiden Bashar al-Assad, mematuhi perjanjian damai yang dipersetujui untuk menamatkan tindakan keras terhadap perbezaan pendapat.

Artikel Lain