suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Air New Zealand Raih Anugerah Syarikat Penerbangan Terbaik

MELBOURNE: Air New Zealand telah dinobatkan sebagai "Syarikat Penerbangan Terbaik" buat kali keduanya oleh majalah industri penerbangan global, Air Transport World, tahun ini.

Sebuah panel terdiri daripada editor-editor majalah tersebut berkata anugerah itu mengiktiraf syarikat itu kerana inovasinya yang menerajui industri dan motivasinya kepada kakitangannya, yang menghasilkan prestasi cemerlang dalam pasaran, perkhidmatan pelanggan, kewangan, pengurusan fiskal dan keselamatan operasi.

Ketua editor majalah itu, Geoffrey Thomas, berkata syarikat penerbangan itu berada pada kedudukan termaju dalam industri dan kini pesaing-pesaingnya memandang ke Pasifik Selatan untuk melihat apakah ide terbaru yang akan dicetuskan oleh syarikat itu.

"Rahsia kejayaannya ialah sentiasa mencipta semula, meningkatkan mutu produknya dan berdedikasi terhadap kakitangannya, kata Thomas seperti yang dilaporkan oleh Fairfax NZ News.

Syarikat penerbangan nasionalNew Zealand itu juga menenangi anugerah tersebut pada 2010. Anugerah itu akan disampaikan pada 13 Feb, sehari sebelum Pertunjukan Udara Singapura.

Syarikat penerbangan Qantas bagi wilayah Australia, QantasLink, terpilih sebagai Syarikat Penerbangan Wilayah Terbaik.

"QantasLink lebih daripada sebuah syarikat penerbangan wilayah. Ia merupakan nadi bagi berjuta-juta warga Australia yang, antaranya, tinggal beribu-ribu kilometer dari ibu kota dan beratus-ratus kilometer dari bandar terdekat," kata Thomas.

Artikel Lain