suria

Chef Selebriti UK Mohon Maaf Kerana Mencuri

LONDON: Seorang chef selebriti memohon maaf selepas dia ditahan kerana mencuri di sebuah pasar raya.

Anthony Worrall Thompson ditahan kerana mencuri keju dan wain daripada stor Tesco di Henley-on Thames, barat London.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman beliau pada Isnin, lelaki yang berusia 60 tahun itu berkata dia memohon maaf kerana tindakan bodoh dan tidak bertanggungjawabnya.

Dia akan mendapat rawatan dan memohon maaf kepada kakitangan Tesco. Akhbar The Sun melaporkan dia mencuri keju dan wain.

Polis Thames Valley mengeluarkan peringatan rasmi kepada Worrall Thompson sebagai teguran kerana melakukan jenayah.

Worrall Thompson tidak akan menghadapi sebarang tuduhan tetapi diberi peringatan untuk disebut di mahkamah sekiranya dia mengulangi perbuatan itu.

Worrall Thompson muncul pada rancangan memasak “Ready Steady Cook.” - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain