suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Mayat Tanpa Kepala Ditemui Polis Mexico

MEXICO CITY: Pihak polis menemui mayat seorang lelaki dan seorang wanita yang dipancung kepalanya di dalam sebuah kereta di depan pusat membeli-belah di Mexico City, awal pagi Khamis.

Dua kepala mayat terbabit ditemui di depan kenderaan berkenaan, kata pihak polis.

Pihak berkuasa tempatan berkata, mayat itu ditemui di kawasan perniagaan pintar daerah Santa Fe, barat Mexico City.

Pada Oktober tahun lalu, dua kepala mayat ditemui di dalam sebuah kereta berdekatan Mexico City, dengan tanda amaran “Tangan bermata”, yang dipercayai dilakukan oleh kumpulan pengedar dadah bagi memberi amaran kepada pihak berkuasa.

Artikel Berikut

Artikel Lain