suria

Kerajaan India Setuju Dakwa Firma Internet Di Mahkamah

NEW DELHI: Kerajaan India pada Jumaat bersetuju untuk membenarkan pendakwaan terhadap 21 firma Internet termasuk Facebook dan Google ekoran kes penyebaran kandungan bahan lucah dan tidak senonoh yang disiarkan secara talian.

Pendakwaan itu mungkin menyebabkan pengarah-pengarah firma terbabit dipanggil ke mahkamah di New Delhi untuk menjawab tuduhan yang telah mencetuskan perpecahan sosial serta membangkitkan sentimen membenci antara agama.

Kes jenayah seumpama itu dibawa buat kali pertama oleh wartawan Vinay Rai yang mengadu mengenai kewujudan laman web yang tidak bertanggungjawab menyediakan unsur-unsur lucah serta menyinggung perasaan pengguna Internet.

Artikel Lain