suria

Maharaja Jepun Dimasukkan Ke Hospital

TOKYO: Maharaja Jepun, Akihito dimasukkan ke hospital semalam kerana mengalami demam dan menunjukkan simpton bronkitis, lapor pihak istana.

Jurucakap agensi keluarga maharaja berkata, Akihito yang berusia 77 tahun itu dimasukkan ke hospital kerana mengalami demam berterusan dan mula menunjukkan tanda-tanda bronkitis.

Maharaja Akihito akan menerima rawatan di hospital Universiti Tokyo di mana cucu perempuannya, puteri Aiko pernah dirawat kerana mengalami pneumonia.

Akihito, yang naik takhta pada tahun 1989 berikutan kematian bapanya, Maharaja Hirohito, pernah menjalani pembedahan kanser prostat pada Januari 2003. – AFP

Artikel Lain