suria

Wanita Dera Anak Angkat Didakwa Berniat Muncul Dalam Televisyen

ALASKA (Amerika Syarikat): Pihak pendakwa raya kes seorang wanita memasukkan sos panas ke dalam mulut anak angkatnya dari Rusia sebagai hukuman dan merakam perbuatannya itu mendakwa wanita tersebut berbuat sedemikian untuk muncul di rancangan televisyen "Dr Phil".

Jessica Beagley, 36, merakamkan hukuman yang dibuatnya itu pada 21 Oktober 2010 untuk muncul dalam satu episod bertajuk "Mommy Confessions" (Pengakuan Ibu), kata pendakwa raya, Cynthia Franklin.

Dalam hujah penutupannya, Franklin berkata perbuatan Beagley merupakan perbuatan mendera kanak-kanak di bawah perundangan tempatan.

"Perbuatan mendera kanak-kanak untuk muncul di dalam rancangan realiti televisyen tidak dapat diterima sebagai alasan," katanya.

Franklin memberitahu juri bahawa ia bukanlah percubaan pertama Beagley untuk muncul dalam rancangan "Dr Phil".

Pada tahun 2009, wanita itu pernah cuba untuk muncul dalam segmen "Angry Moms" (Ibu Yang Marah) namun tidak membuahkan hasil.

Beagley kemudian dihubungi pihak penyiaran dan menghantar video uji bakatnya namun diberitahu bahawa pihak penyiaran mahu menyaksikan rakaman yang menunjukan dia menhukum anak angkatnya itu, kata pendakwa raya.

Dia kemudian membuat persiapan untuk menghukum anak angkatnya itu dan menyruh anak perempuan kandungnya berusia 10 tahun merakam perbuatannya.

"Semuanya semata-mata untuk rancangan televisyen itu" kata Franklin.

Orang awam di Rusia berang apabila melihat rakaman video tersebut dengan ada yang meminta kanak-kanak itu yang bernama Kristoff dan kembarnya dipulangkan semula ke Rusia.

Menurut peguam bela, William Ingaldson, Beagley dan suaminya, seorang anggota polis telah mencuba kaedah hukuman yang lebih tradisional namun ia tidak berkesan terhadap Kristoff.

Beagley mebuat rakaman video dan muncul di dalam rancangan tersebut kerana mahu mendapatkan bantuan untuk anak angkatnya itu, kata Ingaldson.

Peguam bela itu mengingatkan juri bahawa kanak-kanak lelaki tersebut sememangnya terlibat dalam masalah di sekolah pada hari rakaman video itu dibuat.

"Beagley tidak menghukum kanak-kanak itu untuk memberi kesakitan semata-mata" katanya.

Keluarga Beagleys yang mempunyai empat anak kandung mengambil kembar lelaki dari Rusia itu pada tahun 2008 dalam harapan untuk melakukan amal, kata Ingaldson. -AP

Artikel Sebelum

Strauss-Kahn Bebas

Artikel Berikut

Artikel Lain