suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Datuk Bandar Ditembak Mati Di Rusia

MOSCOW: Datuk Bandar sebuah bandar satelit di luar ibu negara ini telah ditemui mati ditembak pada Isnin.

Para penyiasat persekutuan menyifatkannya sebagai satu 'pembunuhan kontrak'.

Yevgeny Dushko, Datuk Bandar Sergiyev Posad - sebuah bandar dengan populasi 105,000 orang dan hanya terletak 60 kilometer ke utara Moscow.

Dia dikatakan ditembak dua kali ketika sedang meninggalkan apartmennya pada jam 7.30 pagi.

Mangsa telah disahkan meninggal dunia ketika tiba di hospital.

Dushko telah terpilih sebagai datuk bandar pada April lalu.

Artikel Lain