suria

Pesawat Red Arrow Terhempas

LONDON: Sebuah pesawat Red Arrow milik Tentera Udara Diraja Britain (RAF) dilaporkan terhempas semasa pertunjukkan aksi akrobatik udara di Bournemouth yang terletak di selatan pantai Inggeris pada Ahad.

Penerbit media BBC yang berada di tempat kejadian berkata, hanya lapan daripada sembilan pesawat yang mengambil bahagian dalam pertunjukkan itu selamat melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Bournemouth.

Menurut seorang jurucakap dari Kementerian Pertahanan, pihaknya akan menjalankan siasatan berhubung insiden tersebut.

Aksi pertunjukkan akrobatik itu diadakan setiap musim panas di negara berkenaan yang disertai Juruterbang RAF.

Artikel Lain