suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemberontak Libya Tawan Terminal Minyak Brega

BENGHAZI, Libya: Seorang jurucakap pemberontak mendakwa, terminal minyak Brega yang strategik di timur Libya kini berjaya ditawan.

Ahmed Bani berkata, bandar perindustrian itu berjaya ditawan pada awal pagi Sabtu.

Pemberontak telah bertempur untuk menawan Brega sejak seminggu lalu.

Kejayaan menduduki Brega itu amat besar kepada para pemberontak kerana ia memiliki kompleks hidrokarbon kedua terbesar di Libya.

Minyak mentah yang terdapat di situ dihantar ke loji minyak untuk penapisan.

Dalam pada itu, wilayah-wilayah yang masih terletak di bawah penguasaan Gadhafi terus menghadapi serangan oleh pejuang-pejuang dari pihak lawan.

Mereka kini sedang menghampiri ke Tripoli, sebuah bandar raya utama yang mempunyai bilangan penduduk seramai dua juta orang. Mereka menyerang dari barat, selatan, selatan dan timur. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain