suria

Mahkamah Rusia Tolak Rayuan Penubuhan Parti Politik Baru

MOSCOW: Sebuah Mahkamah Daerah di sini pada Isnin menolak permohonan pendaftaran sebuah parti politik baru diterajui oleh bekas perdana menteri, Mikhail Kasyanov dan timbalan perdana menteri negara itu, Boris Nemtsov.

Dengan keputusan tersebut, parti politik baru itu yang dinamakan Parti Kebebasan Rakyat atau Parnas tidak dapat mengambil bahagian dalam pilihan raya umum akan diadakan Disember nanti dan pilihan raya presiden Mac depan.

Parnas ditubuhkan tahun lalu untuk menentang Vladimir Putin, bekas presiden Rusia sebanyak dua penggal dan perdana menteri dalam kerajaan sekarang.

Sebelum mahkamah membuat keputusan muktamad mengenai kesahihan penubuhan Parnas, Kementerian Undang-undang terlebih dahulu telah menolak permohonan pendaftarannya Jun lalu.

Ini telah mendorong jawatankuasa penajanya membawa kes ini ke mahkamah.

Langkah seterusnya kini ialah untuk membawa kes ini ke Mahkamah Bandar Moscow.

Artikel Lain