suria

Strauss-Kahn Bebas

NEW YORK: Bekas Pengarah Urusan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss-Kahn bebas dari semua pertuduhan jenayah seksual yang dikenakan terhadapnya selepas hakim mahkamah New York membuat keputusan tersebut pada Khamis.

Hakim Mahkamah Negeri, Michael Obus dengan segeranya meluluskan permintaan yang dibuat pihak pendakwa raya supaya pertuduhan terhadap tokoh kewangan digugurkan selepas satu persatu penipuan yang dilakukan oleh wanita yang menuduh Strauss-Kahn terbongkar.

Percubaan terkahir pihak peguam kepada wanita itu adalah meminta mahkamah melantik pendakwa raya khas namun permintaan itu ditolak oleh mahkamah sekaligus memberi kemenangan terhadap Strauss-Kahn.

Bagaimanapun, kejadian gempa bumi kecil yang jarang berlaku melanda kawasan pantai timur Amerika Syarikat (AS), menyebabkan pejabat mahkamah ditutup awal dan Strauss-Kahn hanya boleh mengambil passportnya yang dirampas sebelum ini pada kemudian harinya.

Strauss-Kahn, 62, kelihatan lega semasa meninggalkan banggunan mahkamah sambil ditemani isterinya yang juga seorang jutawan, Anne Sinclair setia menyokongnya sepanjang skandal tersebut berlaku.

"Ini merupakan penghujung pengalaman pahit dan tidak adil" beritahu Strauss-Kahn kepada pemberita.

"Saya tak sabar untuk pulang ke negara saya," katannya.

Strauss-Kahn memberitahu bahawa beliau akan memberi ulasan yang lebih panjang apabila beliau berada di Perancis. -AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain