suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bangunan Runtuh Akibat Hujan Lebat, 10 Terkorban Di Nigeria

MAIDUGURI (Nigeria): Sekurang-kurangnya 10 orang terkorban dalam tragedi bangunan runtuh disebabkan hujan lebat di utara negara ini, demikian menurut pihak berkuasa kecemasan Nigeria.

Penyelaras Agensi Pengurusan Kecemasan Kebangsaan, Aliyu Sambo berkata pada Isnin bahawa seorang ibu dan anaknya yang berusia tiga tahun merupakan antara mangsa yang terkorban.

Rumah mereka runtuh akibat hujan turun tanpa henti selama enam jam pada Ahad di Kari dekat negeri Bauchi.

Sambo berkata sekolah rendah telah dijadikan kem perlindungan untuk memberi tempat berteduh kepada 1,800 orang penduduk yang telah dipindahkan.

Menurutnya lagi, lebih kurang 150 rumah yang diperbuat dari tanah dan beratus ternakan telah ditelenggami air.

Seorang pegawai perkhidmatan pada Isnin berkata, sebuah rumah runtuh di Kano dan mengorbankan enam orang dan mengakibatkan jumlah kematian meningkat kepada 10 orang.

Musim hujan di Nigeria bermula pada Jun dan berlanjutan sehingga September. -AP

Artikel Sebelum

Strauss-Kahn Bebas

Artikel Berikut

Artikel Lain