suria

Anak Gaddafi Muncul Di Tripoli

TRIPOLI: Anak lelaki Muammar Gaddafi, Saif Al-Islam yang didakwa Mahkamah Jenayah Antarabangsa telah ditangkap, tiba di sebuah hotel di sini yang menempatkan wartawan-wartwan luar negara.

Saif muncul di Hotel Rixos pada lewat malam dan bercakap dengan wartawan-wartawan dari luar negara di sini.

Rakaman video televisyen menunjukan beliau tersenyum, melambai tangan dan bersalaman dengan penyokongnya di luar perkarangan hotel.

Saif memberitahu wartawan bahawa Libya yang dikuasai pemberonak yang cuba menjatuhkan bapanya sebanarnya masih di bawah kawalan kerajaan.

Beliau juga menyatakan bahawa Gaddafi berada dalam keadaan selamat.

Terdahulu, beberapa anggota keselamatan bersenjata pro Gaddafi yang menjaga hotel tersebut membawa sekumpulan kecil wartawan ke kawasan Bab Al Aziziyah untuk membuat perjumpaan dengan Saif.

Mereka kemudian kembali ke hotel ditemani Saif yang kemudiannya dilihat bercakap dengan wartawan di ruang lobi sebelum membawa semula sekumpulan pemberita itu ke sebuah kawasan berdekatan untuk lawatan ringkas.

"Saya di sini untuk menafikan khabar angin yang timbul...", kata Saif.

"Apa yang terjadi adalah perang teklonogi dan elektronik yang dilakukan untuk menimbulkan kekacauan dan keganasan di Libya.

"Mereka juga membawa kumpulan-kumpulan bersenjata di kawasan pantai dan di jalanan." kata Saif.

Beliau merujuk kepada satu khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada pengguna telefon bimbit di Tripoli pada Isnin yang mengucapkan tahniah kepada mereka di atas kejatuhan Muammar Gaddafi.

Saif juga menyatakan bahawa Tripoli berada di bawah kawalan kerajaan dan beliau tidak mempedulikan sebuah waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa di Hague yang mendakwa beliau dan bapanya di atas jenayah kemanusiaan.

Beliau juga meyakinkan bahawa bapanya berada dalam keadaan selamat dan baik di Tripoli apabila ditanya wartawan mengenainya. -REUTERS

Artikel Sebelum

Strauss-Kahn Bebas

Artikel Berikut

Artikel Lain