suria

Wira Perang Vietnam Sambut Hari Jadi Ke 100

Gambar yang diambil pada tahun 2005 menunjukkan wira revolusi Vietnam, Jeneral Vo Nguyen Giap turun dari kereta untuk menghadiri upacara meraikan berakhirnya perang Vietnam yang ke 30 tahun.
Gambar yang diambil pada tahun 2005 menunjukkan wira revolusi Vietnam, Jeneral Vo Nguyen Giap turun dari kereta untuk menghadiri upacara meraikan berakhirnya perang Vietnam yang ke 30 tahun.
Gambar yang diambil pada tahun 2005 menunjukkan wira revolusi Vietnam, Jeneral Vo Nguyen Giap turun dari kereta untuk menghadiri upacara meraikan berakhirnya perang Vietnam yang ke 30 tahun.

HANOI: Seorang wira revolusi Vietnam, Jeneral Vo Nguyen Giap menyambut hari kelahirannya yang ke 100 pada Khamis di Hospital Tentera Hanoi.

Jeneral Giap juga dianggap sebagai salah seorang pemikir strategi ketenteraan yang terhebat dalam sejarah.

Beliau mengejutkan dunia dengan kemenangan tenteranya yang terdiri daripada golongan petani ke atas kuasa kolonial Perancis di Dien Bien Phu pada tahun 1954 iaitu satu kejayaan penting dalam kemunculan Vietnam sebagai sebuah negara merdeka dan yang mengakhiri pemerintahan Perancis di Indochina.

Giap merupakan tokoh kedua yang paling dipandang mulia di Vietnam selepas pejuang revolusi, Ho Chi Minh.

Dilahirkan pada 25 Ogos 1911 dekat tengah wilayah Quang Binh, Giap tidak dilatih secara formal untuk menjadi tentera tetapi mempelajari bidang perundangan dan politik ekonomi sebelum menyertai Ho dalam perjuangan pembebasan.

Taktik gerila yang direka Giap merupakan satu aspek yang penting dalam perjuangan Vietnam menentang tentera Amerika Syarikat dan Vietnam Selatan.

Kejayaan terbesar beliau adalah kemenangan di Dien Bien Phu di mana tenteranya menawan musuh dengan cara mengepung mereka yang berada di bawah bukit dari kawasan atas bukit yang mengejutkan musuh iaitu tentera Perancis.

Tektik gerilanya memberi inspirasi kepada pejuang dari seluruh dunia namun beberapa pihak menimbulkan isu tentang nyawa yang sanggup dikorbankan Giap dalam penentangannya yang menyebabkan berjuta warga Vietnam terkorban.

Giap juga masih lantang di usia emasnya apabila dia sering mengkritik kerajaan Vietnam dalam beberapa isu pemerintahan.

Pemimpin kanan Vietnam melawat Giap pada Rabu dengan membawa bunga dan penghormatan dari seluruh warga Vietnam, demikian lapor media tempatan.

Antara pemimpin kanan yang melawat Giap termasuklah Setiausaha Agung Parti Komunis, Nguyen Phu Trong, Perdana Menteri, Nguyen Tan Dung dan Presiden Vietnam, Truong Tan Sang.

Salah seorang anak lelaki Giap, Vo Dien Bien berkata Giap berada dalam keadaan stabil dan sambutan hari lahir beliau akan disambut secara sederhana di Hospital Tentera 108 dengan dihadiri ahli keluarga. -AFP

Artikel Lain