suria

Pesakit Mati Ditinggalkan Doktor Selamatkan Diri Daripada Kebakaran

SHANGHAI: Seorang pesakit yang menjalani pembedahan meninggal dunia apabila ditinggalkan oleh doktor dan jururawat yang lari untuk menyelamatkan diri masing-masing daripada kebakaran yang berlaku di sebuah hospital di sini, Jumaat.

Mangsa yang sedang dibedah kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya itu mati akibat lemas terhidu asap api kebakaran yang masuk ke dalam bilik pembedahan.

Ahli keluarganya yang sedang menunggu di luar bilik pembedahan melihat enam pekerja hospital termasuk doktor, pakar bius dan jururawat melarikan diri dan meninggalkan pesakit yang berada dalam keadaan tidak sedar tersebut, dikenali sebagai Zhu.

Seorang saudara Zhu, Jin berkata mayat Zhu dijumpai terbaring di atas lantai bilik pembedahan namun sebarang tanda terbakar tidak kelihatan di badannya.

"Api tidak merebak ke bilik di mana dia dibedah dan dia mati kerana lemas akibat terhidu asap yang masuk," katanya.

Seorang jurucakap hospital tersebut memberitahu pemberita bahawa doktor dan jururawat yang terlibat "disoal siasat polis dan keputusan siasatan masih belum dikeluarkan". -AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

CEO Apple Letak Jawatan

Artikel Lain