suria

Lagu Lady Gaga Diharamkan China

BEIJING: China mengharamkan laman web-laman web muzik daripada menyiarkan 100 buah lagu oleh penghibur terkemuka seperti Lady Gaga hinggalah Backstreet Boys, demikian menurut Kementerian Budaya d laman webnya.

Kementerian itu berkata langkah tersebut diambil untuk mengawal selia pasaran muzik di Internet dan menambah bahawa lagu-lagu yang "memberi kesan negatif terhadap budaya asal mestilah dibersihkan dan dikawal di bawah undang-undang".

Notis tersebut dikeluarkan pada 19 Ogos dan disiarkan di laman web kementerian dengan lagu daripada Lady Gaga seperti The Edge of Glory, Hair, Marry the Night dan Bloody Mary diharamkan.

Sebab mengapa lagu-lagu tersebut diharamkan tidak diberitahu namun China diketahui sering mengharamkan sebarang perkara yang dianggapnya sensitif dan merosakkan dari segi politik.

Lagu bertajuk Bloody Mary diakhiri dengan lirik berbunyi "Oh, liberdade, mi amor (Oh, kebebasan, sayangku)" manakala lagu Hair mempunyai lirik "This is my prayer/ That I'll die living just as free as my hair (inilah doaku, mati dengan kebebasan)".

Senarai ketiga lagu yang diharamkan kerajaan China termasuklah lagu daripada pemuzik dari Amerika Utara seperti Backstreet Boys, Beyonce, Simple Plan dan kumpulan pop dari Britain, Take That.

Antara lagu daripada penyanyi Asia yang diharamkan termasuklah penyanyi Taiwan, Chang Hui-mei yang sebelum ini yang menimbulkan kemarahan Beijing kerana menyanyikan lagu kebangsaan Taiwan di majlis perlantikan bekas Presiden Taiwan, Chen Shui-bian pada tahun 2000.

Pihak berkuasa china dilaporkan menghalang beberapa kumpulan muzik luar negara daripada membuat persembahan di China atau membuat penyeliaan ketat terhadap lagu-lagu yang bakal dipersembahkan yang dianggap tidak wajar.

Sejak tahun 2010, China mewajibkan semua lagu yang disiarkan di laman web muzik untuk mendapatkan kelulusan awal dalam usaha mereka untuk membanteras aktiviti lanun cetak rompak. -AFP

Artikel Lain