suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

"Bersihkan" Pembelot Di Tripoli, Kata Gaddafi

TRIPOLI: Pemimpin Libya yang cuba digulingkan, Muammar Gaddafi menggesa penduduk Tripoli untuk membersihkan "pembelot" selepas kumpulan penentang menakluki penempatannya di sini, Rabu.

Seruan tersebut disampaikan melalui satu pesanan suara yang disiarkan sebuah stesen televisyen yang berpusat di Syria, Arrai Oruba dan stesen Al-Arabiya.

Gaddafi juga memberitahu bahawa beliau telah menyamar dan berjalan di jalan-jalan di Tripoli.

"Saya berjalan di jalanan Tripoli dengan membuat penyamaran tanpa sesiapa melihat saya dan nampak para pemuda yang bersedia mempertahankan bandar Tripoli," katanya.

Namun Gaddafi tidak memberitahu bilakah beliau melakukan perkara tersebut.

Beliau menyeru supaya penduduk membersihkan Tripoli daripada "pembelot" yang mungkin merujuk kepada kumpulan pemberontak. -AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain