suria

Gaddafi Tinggalkan Tempat Persembunyian Di Tripoli

TRIPOLI: Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi berkata pada Rabu bahawa beliau telah meninggalkan kediamannya di Tripoli secara taktikal.

Kediamanya itu sedang dikuasai kumpulan pemberontak yang mendesak Gaddafi berundur dari tampuk pemerintahannya.

"Bab Al-Azizya (kediaman) hanyalah satu timbunan runtuhan selepas ia menjadi sasaran 64 peluru berpandu NATO dan kami berundur di atas sebab-sebab taktikal," kata Gaddafi.

Beliau berkata sedemikian dalam ucapannya yang dikeluarkan di dalam laman web sebuah stesen televisyen yang diketuai anaknya, Saif Al-Islam.

Ucapan itu juga dikeluarkan oleh sebuah stesen televisyen pro Gaddafi selepas kumpulan penentang menyerang kawasan kediaman beliau namun jejak Gaddafi dan keluarganya tidak dapat diketahui.

Lokasi Gaddafi melepaskan diri juga tidak dapat dipastikan. -AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain