suria

Pembangkang Singapura Letak Calon Berpelajaran Tinggi Pada P'raya Umum Kali Ini

SINGAPURA: Parti pembangkang Singapura berjaya menarik penyertaan calon berpendidikan tinggi pada Pilihan Raya Umum ke-14 negara itu yang akan berlangsung pada 7 Mei ini.

Sesetengah daripadanya memiliki kelayakan sama seperti calon parti pemerintah Parti Tindakan Rakyat (PAP), demikian lapor Channel NewsAsia.

Menurut stesen televisyen tempatan, lima calon Parti Solidariti Nasional (NSP) merupakan lepasan ijazah, dan jumlahnya sekali ganda saiz pasukan yang pernah diturunkan pada pilihan raya umum sebelum ini.

Mereka termasuk pasangan suami isteri Tony Tan dan Hazel Poa, yang merupakan pelajar tajaan kerajaan Singapura.

NSP dijangka meletakkan 24 calon berbanding 11 pada 2006.

Bagi Parti Pekerja, calon seperti peguam Chen Show Mao, yang memiliki ijazah daripada Universiti Oxford, Harvard dan Stanford, bakal membarisi pasukan terbesarnya sejak Pilihan Raya 1988.

Sementara itu, dua daripada tujuh calon Parti Rakyat Singapura memiliki ijazah sarjana berbanding ketika Pilihan Raya 2006, yang menyaksikan tidak seorangpun daripada lapan calonnya mempunyai ijazah.

Para pemerhati berkata perkara itu mampu meningkatkan kredibiliti pembangkang, malah memberikan mereka momentum pada pilihan raya umum nanti.

Sesetengah pemerhati politik pula berpendapat situasi ini boleh diterjemah sebagai undi sebenar untuk pembangkang, dan ia menjurus kepada pertandingan lebih sengit pada Pilihan Raya Umum itu.

Walaupun majoriti penduduk Singapura masih mengundi parti yang mereka selesa dan yang benar-benar diuji, trend baru ini menyaksikan calon pembangkang semakin hebat dan mungkin menunjukkan kematangan satu masyarakat yang menghargai perdebatan serta perbincangan. - BERNAMA

Sesetengah daripadanya memiliki kelayakan sama seperti calon parti pemerintah Parti Tindakan Rakyat (PAP), demikian lapor Channel NewsAsia.

Menurut stesen televisyen tempatan, lima calon Parti Solidariti Nasional (NSP) merupakan lepasan ijazah, dan jumlahnya sekali ganda saiz pasukan yang pernah diturunkan pada pilihan raya umum sebelum ini.

Mereka termasuk pasangan suami isteri Tony Tan dan Hazel Poa, yang merupakan pelajar tajaan kerajaan Singapura.

NSP dijangka meletakkan 24 calon berbanding 11 pada 2006.

Bagi Parti Pekerja, calon seperti peguam Chen Show Mao, yang memiliki ijazah daripada Universiti Oxford, Harvard dan Stanford, bakal membarisi pasukan terbesarnya sejak Pilihan Raya 1988.

Sementara itu, dua daripada tujuh calon Parti Rakyat Singapura memiliki ijazah sarjana berbanding ketika Pilihan Raya 2006, yang menyaksikan tidak seorangpun daripada lapan calonnya mempunyai ijazah.

Para pemerhati berkata, perkara itu mampu meningkatkan kredibiliti pembangkang, malah memberikan mereka momentum pada pilihan raya umum nanti.

Artikel Lain