suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Akta Keselamatan Dalam Negeri Di Bangkok Dilanjutkan Sehingga 24 Mei

BANGKOK: Penguatkuasaan Akta Keselamatan Dalam Negeri di tujuh daerah di sekitar kota raya Bangkok yang pada mulanya dijadualkan tamat Ahad ini, dilanjutkan sehingga 24 Mei.

Pengarah Majlis Keselamatan Nasional Thailand Thawil Pliensri berkata mesyuarat kabinet pada Rabuhari ini bersetuju melanjutkan penguatkuasaan akta itu selama 30 hari lagi dalam usaha mengekalkan keamanan dan ketenteraman awam.

Menurutnya kerajaan mengambil keputusan melanjutkan penguatkuasaan akta itu di daerah Dusit, Phra Nakhon, Watthana, Ratchathewi, Wang Thong Lang, Pathumwan dan Porn Prap Satru Phai selepas mengambil kira demonstrasi anjuran kumpulan baju Merah dan Kuning yang masih berlarutan.

Kumpulan baju Kuning berhimpun di satu tempat berhampiran pejabat Perdana Menteri sejak 25 Januari lepas bagi menyuarakan rasa tidak puas hati dengan cara Bangkok menangani pertikaian mengenai isu sempadan Thailand-Kemboja.

Perhimpunan oleh kumpulan baju Merah sejak dua minggu lepas pula menuntut pembebasan penyokong mereka yang ditahan polis, di samping menuntut supaya anggota kumpulan mereka yang terbunuh dalam pertempuran dengan tentera tahun lepas, diberi pengadilan.

Akta Keselamatan Dalam Negeri itu antara lain menghalang perhimpunan haram di samping membenarkan penggunaan tentera bagi membantu menjaga keamanan dan undang-undang. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain