suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Apple Saman Samsung Kerana Galaxy

SAN FRANCISCO: Apple - syarikat komputer gergasi Amerika yang menghasilkan tablet iPad dan telefon pintar iPhone telah memfailkan saman ke atas Samsung dengan mendakwa firma IT dari Korea Selatan itu menghasilkan Galaxy Tab dengan meniru produk mereka.

Saman tersebut difailkan di Mahkamah Daerah California Jumaat lalu.

Akhbar The Wall Street Journal berjaya memperolehi dokumen saman setebal 38 mukasurat itu yang antara lain menyatakan bahawa Apple mendakwa Samsung telah meniru rupa bentuk, reka bentuk produk, pembungkusan dan aplikasi penggunaan sama sepertimana produknya iaitu tablet iPad.

Apple juga mendakwa Samsung telah mencerobohi beberapa paten dan tanda niaga yang biasa digunakan oleh Apple.

"Daripada melakukan inovasi dan membangunkan teknologinya sendiri untuk produk telefon pintar dan komputer tabletnya, Samsung memilih untuk meniru teknologi yang telah digunakan oleh Apple," kata kertas pertuduhan yang difailkan itu.

Komputer tablet Samsung - Galaxy Tab - merupakan pesaing nombor satu kepada produk tablet Apple - iPad.

Kedua-duanya menguasai pasaran dalam teknologi sesentuh paparan.

Artikel Lain