suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Seorang Maut, 28 Cedera Dalam Letupan Bom Di Yala

BANGKOK: Seorang anggota renjer maut manakala 28 yang lain termasuk orang awam cedera dalam letupan bom di Yala pada Isnin.

Jurucakap polis Yala berkata mereka yang cedera terdiri daripada empat renjer dan 24 orang awam.

Beliau berkata, bom buatan sendiri itu disembunyikan dalam sebuah kereta yang diletakkan di bandar itu dan diletupkan secara kawalan jauh ketika sebuah kereta yang membawa lima anggota renjer melalui kawasan itu pada pukul 8.30 pagi.

Polis menyalahkan pihak militan atas kejadian itu.

Lebih 4,000 orang terbunuh apabila kumpulan disyaki pemisah menjalankan semula gerakan bersenjata menuntut keadilan untuk tiga wilayah selatan Yala, Narathiwat dan Pattani sejak tujuh tahun lepas. - BERNAMA

Artikel Lain