suria

PAP Ketengahkan Manifesto Pilihan Raya "Menjamin Masa Bersama"

SINGAPURA: Parti memerintah Singapura, People Action Party, mengenengahkan manifestonya bagi pilihan raya umum dengan tema "Menjamin Masa Depan Bersama".

Manifesto, dalam empat bahasa rasmi itu dibentangkan oleh Setiausaha Agung parti yang juga Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada sambutan ulang tahun ke-25 Pemuda PAP, barisan pemuda rasmi PAP.

Dalam manifestonya, PAP berkata rakyat Singapura boleh bergantung harap dengan parti untuk melakukan yang terbaik bagi setiap lapisan rakyat dan menyatupadukan mereka dalam masa baik dan buruk.

PAP akan menjadikan Singapura sebagai sebuah masyarakat yang inklusif dan bersemangat dengan pelbagai peluang untuk sebuah kehidupan yang baik bagi setiap warganegara, menurut manisfesto itu.

Bagi mencapai visi itu, parti itu mahu mendapatkan mandat daripada pengundi bagi merealisasikan enam objektif utama.

Antaranya ialah bagi mewujudkan peluang bagi pendapatan lebih tinggi untuk semua, meningkatkan taraf hidup golongan bawahan, membantu golongan berumur kekal aktif dan melibatkan semua rakyat Singapura dalam membentuk masa depan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain