suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mahkamah Bubarkan Parti Hosni Mubarak

KAHERAH: Mahkamah Pentadbiran Mesir dilaporkan telah membubarkan Parti Demokratik Kebangsaan yang pernah memerintah negara itu pada era Hosni Mubarak dan mengarahkan semua dana dan hartanya diserahkan kepada kerajaan.

Parti Demokratik Kebangsaan adalah parti yang dianggotai oleh bekas Presiden Hosni Mubarak dan memerintah negara itu selama 30 tahun.

Hosni Mubarak telah melepaskan jawatannya pada 11 Februari lalu setelah tidak dapat bertahan lagi ekoran demontrasi besar-besaran yang dilancarkan oleh rakyat negara itu selama berminggu-minggu.

Parti itu diasaskan oleh Anwar Sadat, yang merupakan presiden Mesir paling popular dan mati ditembak dalam satu majlis perarakan. Tempatnya digantikan oleh Mubarak.

Artikel Lain