suria

Lelaki Tikam 6 Mangsa Sebelum Bunuh Diri

BEIJING: Seorang lelaki menikam dan mencederakan enam orang mangsa di wilayah Xinjiang sebelum mengelar lehernya sendiri pada Selasa.

Lelaki tersebut yang berusia di awal 20-an turut mencederakan seorang budak sekolah. Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di bandar Kashgar, demikian lapor agensi berita Xinhua.

Selepas dikepong oleh polis, lelaki itu mengelar lehernya sendiri sebanyak tiga kali dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Polis kemudiannya menemui lima botol yang mengandungi marijuana bersama-sama lelaki tersebut.

Pada Julai 2009, ibu kota Xinjiang, Urumqi telah dilanda ketegangan antara etnik Uighurs dan Han yang menyaksikan hampir 200 orang terbunuh dan 1,700 orang tercedera.

Artikel Lain