suria

75% Universiti UK Putus Naikkan Yuran Sehingga £9,000 (RM44.377)

LONDON: Hampir 75% universiti di United Kingdom telah memutuskan untuk memperkenalkan caj bayaran tuisyen maksimum sehingga £9,000 (RM44,377) setahun untuk sebahagian besar program ijazah sarjana muda mereka bermula 2012.

Keputusan untuk menggenakan caj yang tinggi ini dibuat selepas kerajaan British memutuskan untuk memotong geran yang selama ini disalurkan kepada universiti-universiti awam Britain. Keputusan untuk memotong geran itu dibuat dengan alasan bagi membolehkan universiti menjadi lebih kompetatif di pasaran.

Geran yang dipotong itu ialah dari £4.6 bilion menjadi £2 bilion sahaja menjelang tahun 2014.

Bagaimanapun keputusan itu telah mencetus bantahan yang besar dari kalangan penuntut.

Namun begitu kerajaan menjelaskan bahawa jumlah maksimum caj bayaran tuisyen pada hakikatnya tidak akan mencecah £9,000 sebagaimana yang diuar-uarkan.

Ini kerana, kebanyakkan universiti seperti Universiti Warwick misalnya akan memberi potongan sehingga separuh jumlah tersebut kepada pelajar dengan latarbelakang keluarga yang berpendapatan di bawah £25,000 setahun.

Malah beberapa universiti yang lain seperti Derby meletakkan caj maksimum hanya sehingga £7,995 manakala Universiti Portsmouth dan Leeds pula £8,500, London Metropolitan (antara £4,500 to £9,000) dan Coventry (£4,600-£9,000).

Bagaimanapun Universiti Bradford telah menyatakan hasrat mereka untuk menggenakan caj maksimum sehingga £9,000, dan Northumbria pula £8,500.

Birkbeck College, University of London, yang mengkhusus kepada program separuh masa pula mengumumkan mereka akan mengenakan caj antara £4,500- £6,750.

Universiti Coventry adalah salah sebuah daripada beberapa universiti yang telah memutuskan untuk tidak menggenakan caj maksimum. Sebaliknya caj tuisyen mereka telah dipelbagaikan seperti £4,500 untuk program ijazah separuh masa yang diajar di tempat bekerja, manakala program bahasa Inggeris dan Pengajian Perniagaan, caj yang akan dikenakan ialah £7,500.

Ijazah yang memerlukan penggunaan studio atau kerja lapangan seperti seni halus, muzik dan geografi akan dikenakan caj tuisyen tahunan sebanyak £7,900 sementara program yang menggunakan teknologi serta perkakasan tinggi seperti penerbitan media, akan dicaj £8,300 dan program seperti rekabentuk fesyen pula akan dicaj £9,000.

Sehingga Rabu, sejumlah 67 universiti atau kolej universiti telah mengisytiharkan harga baru tuisyen mereka manakala 63 lagi masih belum mengumumkannya.

Daripada 67 buah universiti itu, 46 universiti mengumumkan bahawa mereka berhasrat untuk mengenakan bayaran sehingga £9,000 ke atas semua program ijazah mereka.

Manakala 49 daripada 67 universiti pula telah memutuskan akan menggenakan caj maksimum £9,000 untuk sekurang-kurangnya satu program ijazah mereka.

Artikel Berikut

Artikel Lain