suria

Muhyiddin Adakan Pertemuan Dengan Naib Gabenor Guangdong

GUANGZHOU: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat mengadakan pertemuan dengan Naib Gabenor Wilayah Guangdong, Zhang Yufang.

Selepas pertemuan pada pukul 11.35 pagi itu, Muhyiddin dijadual menghadiri makan tengah hari anjuran kerajaan Wilayah Guangdong.

Muhyiddin berada di China sejak Isnin, untuk lawatan rasmi pertama beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri ke negara itu mulai 18 hingga 24 April.

Lawatan Muhyiddin ke Beijing, Shanghai dan Guangzhou itu adalah atas jemputan Naib Perdana Menteri Majlis Negara China Li Keqiang.

Petang ini, Muhyiddin dijadual berlepas ke Kunming untuk lawatan peribadi.

Terdahulu pagi ini, Muhyiddin melawat Press Metal International Limited(PMI), kilang berteknologi tinggi di Foshan City yang dimiliki syarikat Malaysia. PMI adalah pelaburan terbesar Press Metal Berhad (PMB)'s dalam bidang aluminium di China.

Muhyiddin diberi taklimat oleh Ketua Pegawai Eksekutif PMB, Paul Koon dan dibawa melawat kilang dan bilik pameran PMI.

Kilang itu berupaya mengeluarkan 120,000 metrik tan produk aluminium setahun dan apabila beroperasi sepenuhnya ia boleh mengeluarkan 200,000 metrik tan produk aluminium setahun. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain