China Setuju Tingkatkan Pelaburan Ke Malaysia - Muhyiddin - Dunia | mStar

China Setuju Tingkatkan Pelaburan Ke Malaysia - Muhyiddin

BEIJING: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata China bersetuju meningkatkan pelaburannya di Malaysia agar setara dengan pelaburan yang dibuat Malaysia di republik itu.

Beliau berkata persetujuan tersebut dimaklumkan kepadanya oleh Perdana Menteri China Wen Jiabao selepas diberitahu pelaburan republik itu di Malaysia pada tahun lepas hanya bernilai RM209 juta.

"Beliau juga memaklumkan akan melawat Malaysia minggu depan," kata Muhyiddin kepada wartawan Malaysia selepas mengunjungi pemimpin China itu di sini pada Rabu.

Sambil berharap lawatan itu akan mendorong syarikat dari China mencari peluang pelaburan di Malaysia, Muhyiddin berkata pada pertemuannya dengan Wen, beliau telah memperkenalkan Program Transformasi Ekonomi kepada pemimpin republik berkenaan.

"Dua perjanjian akan dimeterai sempena lawatan beliau, iaitu Perjanjian Pengiktirafan Bersama mengenai ijazah pendidikan tinggi dan Perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehensif yang bertujuan meningkatkan kerjasama ekonomi antara Malaysia dan China," katanya.

Pada pertemuan itu juga, Muhyiddin berkata pemimpin China tersebut bersetuju agar kedua-dua negara meningkatkan kerjasama dalam bidang pelancongan.

Perdana Menteri China itu juga telah mengundang Malaysia sebagai peserta negara kehormat pada Ekspo China-Asean. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

Artikel Lain